Suara

Masih, di sini tertanya-tanya
Sampai bila
Perlu tunggu dan perlu gigih
Usaha mencari publisiti
Biar kau dikenali
Biar kau disanjung tinggi
Baru pendapat kau akan didengari

Sampai bila yang berkuasa
Akan terus berkuasa
Dan yang seolah hanya bayang dalam gelap malam
Sekadar cengkerik mendecit bunyi membunuh kelam
Akan terus dipinggir, dipandang kecam
Dan bila bibir ini mula terkumat kamit

Mula menyusun bunyi mahu menggamit
Dilempar pandangan seolah kau, perempuan neraka
Kau tak layak bersuara
Pendapat kau salah belaka
Dan kau hanya kau,
Tiada yang salah melainkan salah semuanya

Kasihan hati,
Tabahlah wahai hati
Teruskan memekik suara
Kerana aku jasadmu, sentiasa ada
Untuk memujukmu, setiap masa
Untuk mendengar kau merintih kecewa
Kau bukan mahu mengubah dunia,
Kau sekadar mahu manusia diberi hak sama rata

Comments

Popular posts from this blog

Confused.

Pain

EXPECTOOO PATRONUM!!!!